
Filem animasi bajet rendah dari China, Niu Lai, tiba tiba menjadi fenomena selepas penonton di media sosial menjadikannya bahan bualan kerana jalan cerita yang mengelirukan dan kualiti grafik yang dianggap teruk.
Filem ini diarahkan oleh Xin Yumeng, manakala ibunya menyanyikan lagu penutup filem tersebut.
Studio yang menerbitkannya pula pada asalnya merupakan sebuah firma reka bentuk dalaman. Bajet produksinya sekitar 20,000 hingga 30,000 yuan atau RM12,100 hingga RM18,100.
Manakala perbelanjaan pemasaran pula boleh dikatakan sifar. Tak ada promosi. Yang menjadi promosi adalah penonton terawal yang menonton filem ini dan bercerita sendiri tentang betapa teruknya filem ini di media sosial.
Daripada RM4,500 dalam 10 hari, kini sudah RM6.7 juta
Pada 10 hari pertama selepas ditayangkan, filem ini hanya mengutip 7,705 yuan (RM4,500).
Namun selepas beberapa klip dan ulasan mengenainya tular, kutipannya melonjak sehingga melepasi 11.4 juta yuan (RM6.7…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: