
PETALING JAYA – Pasaran hospitaliti di negara ini semakin berkembang jauh melepasi sasaran awal ekoran pandemik lalu yang mana kadar penginapan hotel mampu mencatat kadar lebih daripada 70 peratus.
Malah kadar purata harian meningkat secara signifikan, yang mana hotel lima bintang boleh merekodkan nilai tempahan sehingga RM719 semalam.
Momentum peningkatan ini terus berlanjutan dan bersandarkan kajian daripada JLL, segmen hotel mewah mencatatkan RevPAR (Revenue Per Available Room / Hasil Sebilik Tersedia) sebanyak 22.7 peratus lebih tinggi berbanding paras 2019 pada tahun 2025, manakala prestasi pada suku pertama 2026 kekal berada dalam trajektori meningkat.
Momentum peningkatan semakin memecut pada awal tahun 2026, dengan RevPAR terkumpul sehingga bulan Mac mencatatkan trend 5.7 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.
Petunjuk-petunjuk ini menyerlahkan persekitaran yang semakin menarik bagi pelabur yang mencari aset hospitaliti berkedudukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: