
Kesan jerebu dan cuaca panas nampaknya semakin menjejas kesihatan awam apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan mendadak bagi kes asma dan jangkitan saluran pernafasan akut (URTI) di beberapa kawasan terjejas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa kes asma mencatatkan lonjakan tinggi sehingga 259 peratus, manakala kes URTI pula meningkat sebanyak 124 peratus sepanjang dua minggu yang lalu.
Lonjakan kes pernafasan akibat jerebu
Mengulas lanjut mengenai trend peningkatan ini, beliau menjelaskan perincian angka yang direkodkan oleh pihak kementerian.
“URTI merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 3,674 kes, berbanding 1,637 kes sebelum ini. Manakala kes asma pula mencecah 219 kes berbanding 61 kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah program di Kuala Selangor.
Berbeza dengan isu pernafasan, kes konjunktivitis atau radang mata menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 7…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: