
Jadual perlawanan saingan Piala ASEAN FIFA 2026 sudah dikeluarkan yang menyaksikan skuad negara bakal berada satu kumpulan dengan Indonesia, Singapura dan Bangladesh.
Julung kali diadakan, Piala ASEAN FIFA 2026 bakal berlangsung pada 25 September hingga 5 Oktober nanti.
Penganjuran kejohanan ini diumumkan sendiri oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang ketika itu berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Infantino menyifatkan kejohanan ini sebagai suntikan semangat baharu untuk bola sepak ASEAN serta simbol penyatuan seluruh rantau di bawah satu bendera menerusi bola sepak.
Seperti diumumkan sebelum ini, aksi bagi divisyen 1 bakal diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Si Jalak Harupat, Jawa Barat.
Kejohanan ini akan menggunakan format liga satu pusingan dengan juara kumpulan akan mara ke perlawanan akhir, manakala pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua akan beraksi dalam perlawanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: