
Selepas sekian lama beraksi tanpa penaja utama di bahagian depan jersi, Chelsea akhirnya menemui rakan komersial baharu selepas tiga tahun tanpa penaja utama. Berita yang pastinya ditunggu-tunggu peminat setia kelab tersebut.
Kelab London Barat itu sebentar tadi mengumumkan Circle Internet, syarikat yang menerbitkan USDC, mata wang kripto kedua terbesar dunia sebagai penaja utama jersi mereka.
Ditubuhkan pada 2013, Circle merupakan antara syarikat perintis dalam industri aset digital dan memainkan peranan dalam membangunkan sistem kewangan berasaskan internet.
The Blues memulakan musim ini tanpa penaja utama di jersi untuk tahun keempat berturut-turut sejak perjanjian jangka panjang terakhir mereka bersama syarikat telekomunikasi, Three berakhir pada penghujung musim 2022/23.
Sejak itu, Chelsea telah menjalin beberapa kerjasama jangka pendek dengan syarikat kecerdasan buatan (AI), Infinite Athlete dan syarikat hartanah berpangkalan di Dubai,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: