Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dakwa Bos Bagi Bawa, JPJ Sita Honda Civic Type R Dipandu Warga Rohingya Tiada Lesen

today28 August 2026

Background
Dakwa Bos Bagi Bawa, JPJ Sita Honda Civic Type R Dipandu Warga Rohingya Tiada Lesen


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Hamidi Adam menyatakan pihak JPJ telah menyita sebuah Honda Civic Type R dipandu seorang etnik Rohingya atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas LUXURY di ibu kota sejak Selasa hingga semalam.

Kereta sport itu antara 23 kenderaan mewah yang disita dalam operasi berkenaan, petik Harian Metro.

“Antara kenderaan yang disita ialah sebuah Honda Civic Type R yang dipandu oleh seorang etnik Rohingya.

“Kenderaan berkenaan dikesan bergerak secara berkonvoi bersama beberapa kenderaan lain di Plaza Tol SPE sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan tidak memiliki lesen memandu yang sah, kenderaan itu kemudian disita mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, lelaki berkenaan mendakwa dirinya sebagai pekerja kepada pemilik kenderaan tersebut, petik Sinar Harian.

Pada ketika itu majikannya memandu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Pencemaran udara di enam lokasi di Indonesia capai paras bahaya

Jakarta: Pencemaran udara mencapai paras bahaya di enam lokasi di Indonesia pada Jumaat, dengan Pekanbaru di wilayah Riau di Pulau Sumatera mencatatkan bacaan Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU) tertinggi iaitu 835, menurut Kementerian Alam Sekitar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 August 2026