Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Xplorasi Warisan KL teroka lokasi bersejarah, pacu ekonomi warga kota

today2 September 2026

Background


KUALA LUMPUR – Kawasan bersejarah di ibu negara bukan sekadar menyimpan nilai sejarah dan budaya, malah terus memainkan peranan dalam menggerakkan aktiviti ekonomi komuniti setempat.

Perkara itu dapat dilihat menerusi penganjuran Xplorasi Warisan KL: Edisi Merdeka 2026 yang membawa peserta meneroka beberapa lokasi warisan dari Stadium Merdeka hingga Dataran Merdeka.

Program bersempena sambutan Hari Kebangsaan itu turut mengetengahkan kawasan seperti Pasar Seni dan Jalan Petaling yang menjadi antara tumpuan aktiviti perdagangan, makanan, kraftangan dan pelancongan di ibu negara.

Pendekatan menggabungkan elemen sejarah, budaya dan aktiviti masyarakat dilihat dapat memberi nafas baharu kepada kawasan warisan, selain menarik orang ramai untuk mengenali serta mengunjungi lokasi berkenaan.

Wakil Sekretariat Bersama Warisan KL, Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin berkata, kawasan warisan perlu terus dihidupkan menerusi pengalaman yang membolehkan masyarakat berinteraksi secara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post