
PETALING JAYA – Peranan OE Outstanding Entrepreneurs EduGroup (OE) untuk memperkasa usahawan tempatan kini semakin berkembang lebih jauh bukan sekadar untuk membimbing mereka dengan kursus keusahawanan dan juga pendidikan tetapi lebih melihat kepada pembangunan ekosistemnya.
Pengasasnya, Datuk Wira Dr Calvin Khiu berkata, pendidikan adalah titik penubuhan tetapi bagi OE, ia mahu membangunkan ekosistem masa depan yang lebih berkualiti buat ahli-ahli perniagaannya.
Menurut beliau, perjalanan seorang usahawan di OE tidak seharusnya berakhir selepas menghadiri satu program tetapi pembelajaran sepatutnya menjadi pintu masuk untuk mengenali rakan seperjuangan, membina jaringan, menghubungkan sumber, membangunkan organisasi dan membawa hala tuju perniagaan ke arah lebih jauh.
Bersandarkan prinsip tersebut, OE terus membangunkan platform dan komuniti yang menghubungkan pendidikan, organisasi, jaringan usahawan, pengaruh dan legasi, dengan Million Dollar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: