
Penyanyi Kael kembali mewarnai industri muzik tempatan menerusi karya terbaharu berjudul Senyum yang mengetengahkan mesej positif mengenai keberanian untuk bangkit dan memilih kebahagiaan dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Kael Nafi Pilih Islam Kerana Perkahwinan, Pasang Niat Dalami Agama Sejak Empat Tahun Lalu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kael Lamar Kekasih, Cincin Berlian 2 Karat Jadi Saksi Cinta – ‘Saya Sudah Mohon Restu Keluarganya’
Karya terbaharu


Diterbitkan di bawah Alternate Records, lagu Senyum menggabungkan elemen Pop dan R&B sekali gus menampilkan sisi baharu Kael menerusi penyampaian vokal yang lebih santai, segar dan sarat dengan emosi.
Menariknya, Senyum merupakan hasil kolaborasi kreatif Kael bersama Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman yang terlibat dalam proses penciptaan lagu berkenaan.
Dari aspek muzik pula, karya ini memperlihatkan transisi Kael dalam mengetengahkan karakter vokalnya dengan pendekatan yang lebih bersahaja namun masih mengekalkan penekanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: