
Pierre-Emerick Aubameyang akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan tugas bersama pasukan kebangsaan Gabon selepas merasakan dirinya telah dipermalukan dan dijatuhkan maruah oleh pihak tertentu.
Penyerang berusia 37 tahun itu mengumumkan keputusannya pada 2 September 2026, selepas beberapa bulan hubungannya dengan skuad kebangsaan Gabon berada dalam keadaan tegang susulan kempen Piala Negara-Negara Afrika 2025.
Apa yang paling mengecewakan Aubameyang ialah dia mendakwa tetap memilih untuk turun beraksi di kejohanan tersebut walaupun belum berada pada tahap kecergasan terbaik.
Namun selepas Gabon tersingkir di peringkat kumpulan, namanya pula dikaitkan dengan kegagalan pasukan.
Gabon tewas dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sebelum kerajaan negara itu mengambil tindakan drastik dengan menggantung skuad kebangsaan, melakukan rombakan besar dalam pasukan dan mengetepikan beberapa pemain berpengalaman termasuk Aubameyang serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: