
Dalam industri hiburan hari ini, peminat fanatik boleh menjadi antara aset paling berharga buat seseorang artis. Merekalah yang membeli album, memenuhi konsert, mengundi ketika musim anugerah, menaikkan tanda pagar sehingga trending dan mempertahankan nama idola ketika berdepan kritikan yang akhirnya menjadi pertelingkahan ‘fan war’.
Tetapi persoalannya, sampai tahap mana seseorang peminat patut mempertahankan idolanya? Kerana apabila sokongan bertukar menjadi ketaksuban, kritikan terhadap artis boleh dianggap sebagai serangan peribadi.
Penyanyi lain dianggap pesaing, pengkritik dianggap musuh dan sesiapa yang tidak berada di pihak sama boleh menjadi sasaran. Fenomena ini bukan hanya berlaku dalam fandom antarabangsa.
Industri hiburan Malaysia sendiri sudah beberapa kali menyaksikan artis terpaksa meminta peminat berhenti bergaduh, selebriti menjadi mangsa kecaman hanya kerana menyokong pihak tertentu malah ada yang menerima ugutan bunuh kerana dikatakan meniru idola…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: