Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Intan Najuwa Dedah Masih Kena Bebel Mama

today7 September 2026

Background
‘Dah Jadi Ibu Dua Anak Pun Kena Marah’ – Netizen Terhibur Intan Najuwa Kena Bebel Dengan Mama


Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi perbualan dengan ibunya, Nafizah Mohd Sahid sehingga menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkongsi walaupun kini sudah bergelar ibu kepada dua orang anak, dia tetap dimarahi ibunya seperti dahulu.

Kata Intan, gelarannya sebagai ibu tidak membuatkannya terlepas daripada ditegur dan diberi nasihat oleh ibunya.

Walaupun saya sudah tua dan ibu kepada dua orang anak tapi hari-hari tetap juga kena marah dan kena bebel dengan mama sendiri, siap pakej kena ketuk kepala.

Perkongsiannya itu kemudian menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur dengan perbualan mereka.

Sumber: Threads



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post