
PETALING JAYA – Pavilion Taiwan telah diiktiraf sebagai rakan kongsi utama Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang telah berlangsung baru-baru ini dengan menawarkan pakej terbaharu untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan berkunjung ke negara tersebut.
Pengarah Jeneral Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Chen Yu-Hsiu berkata, melalui penyertaan dan delegasi ke Malaysia sempena pameran tersebut, syarikat turut memperkenalkan pakej insentif baharu iaitu Program Pemacu Dua Hala Pelancongan dan juga kempen Taiwan – 100 Ways.
Pavilion yang menampilkan tema Taiwan – Waves of Wonder itu dilengkapi dengan konsep pemasaran Taiwan Never Sleeps dan lebih menarik, buat julung kalinya, pengendali pelancongan Muslim Malaysia turut menyertai Pavilion Taiwan.
“Ini membuktikan komitmen Taiwan dalam membangunkan lagi pasaran pelancongan Muslim,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Yu Hsiu, Malaysia adalah salah satu pasaran sumber utama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: