
PETALING JAYA – Jenama teh popular, Chagee mengumumkan kolaborasi bersama karya klasik kesayangan ramai, The Little Prince untuk memperkenalkan Siri Matcha edisi terhad baharu sebagai peringatan ringkas untuk menikmati suasana tenang dan menghargai setiap detik yang bermakna.
The Little Prince ialah sebuah kisah mengenai imaginasi, persahabatan, dan melihat dunia dari perspektif berbeza, dengan mesejnya membentuk semangat kreatif di sebalik kolaborasi ini, mencerminkan keindahan dalam mencari makna menerusi detik ringkas harian.
Pengurus Besar Chagee Malaysia, Eason Fang berkata, pihaknya mahu mengekalkan kelazatan sebenar matcha serta menitikberatkan proses penyediaan bagi menyerlahkan karakter semula jadinya dalam setiap cawan, dan penghargaan terhadap kesederhanaan dan keaslian yang sama menjadikan The Little Prince sangat sesuai untuk kolaborasi ini.
“Mesejnya untuk melihat dunia dengan hati yang bersih dan jujur amat bertepatan dengan Chagee, dan kami berharap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: