Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

81 Biji Telur Ditemui, ‘Raja Penyu’ Kembali Lagi Bertelur Di Terengganu Selepas Dua Minggu

today13 September 2026

Background
81 Biji Telur Ditemui, 'Raja Penyu' Kembali Lagi Bertelur Di Terengganu Selepas Dua Minggu


Pesisir pantai Rantau Abang sekali lagi merekodkan pendaratan spesies penyu gergasi yang dianggarkan mendarat sekitar jam 4:45 pagi tadi, membawa penemuan sebanyak 81 biji telur.

Pendaratan hidupan laut ikonik yang mesra digelar ‘Raja Penyu’ oleh penduduk tempatan itu dikesan tepat selepas selang 13 hari daripada pendaratan terdahulu, petik Facebook Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Spesies berkenaan dipercayai daripada jenis penyu Belimbing yang sama berdasarkan rekod pendaratan di perairan Marang pada 1 September lalu.

Penemuan tersebut direkodkan secara bersama oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Encik Mohd Saipulmizam Bin Hamzah, dengan kerjasama dua pemajak kawasan, Encik Mohd Bin Salleh (Rantau Abang) dan Encik Mohd Amirudin Bin Maznan (Jambu Bongkok).

Mengikut analisis fizikal dan kesan sarang, ibu penyu berkenaan merekodkan lebar kesan rangkakan mencecah 2.20 meter di pesisir pantai.

Kesemua 81 biji telur berkenaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Sabah terkulai kali kedua di Likas

Kota Kinabalu: Sabah FC sekali lagi gagal mempertahankan kubu kuatnya apabila tewas 1-2 di tangan DPMM FC dalam aksi Liga Super yang menyaksikan pasukan pelawat bermain dengan agresif di Stadium Likas, malam ini.

today13 September 2026