Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ancaman Bom Di Mid Valley Southkey Disahkan Palsu, Kawasan Selamat Sepenuhnya’ — KP Polis Johor

today14 September 2026

Background
'Ancaman Bom Di Mid Valley Southkey Disahkan Palsu, Kawasan Selamat Sepenuhnya' — KP Polis Johor


Ancaman bom yang diterima membabitkan sebuah premis perniagaan di pusat membeli-belah The Mall Mid Valley Southkey, di sini, disahkan palsu selepas pemeriksaan rapi oleh pihak polis mendapati tiada sebarang bahan letupan ditemui.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ab Rahaman bin Arsad berkata, Polis Kontinjen Johor menerima maklumat berhubung ancaman melalui emel itu daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan pada jam kira-kira 11.31 malam, 13 September 2026.

“Bertindak atas maklumat tersebut, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan bantuan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan pembersihan keselamatan,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan keselamatan telah dijalankan di sekitar kawasan dalam dan luar bangunan dengan kerjasama pasukan keselamatan premis.

Dalam pemeriksaan itu, beberapa objek…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post