Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ronaldinho Dijangka Kembali Beraksi, Sasar 300 Gol Karier

today9 October 2026

Background
Ronaldinho


Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho, dijangka membuat penampilan istimewa bersama kelab Itali, Ravenna, dalam aksi menentang Forli pada 15 November ini.

Menurut laporan Il Resto del Carlino pada 7 Oktober 2026, perlawanan itu menjadi tarikh awal yang disebut untuk menyaksikan bekas bintang Barcelona dan AC Milan itu kembali beraksi di atas padang.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Benelli, gelanggang rasmi Ravenna.

Perkembangan ini hadir selepas Ravenna mencetuskan perhatian dunia apabila mengumumkan pendaftaran Ronaldinho bersama kelab berkenaan.

Berita itu mengundang keterujaan peminat bola sepak yang mahu menyaksikan pemain berusia 46 tahun itu kembali menyarung jersi dalam aksi sebenar.

Ronaldinho sebelum ini mencipta nama sebagai antara pemain paling berbakat dalam generasinya. Beliau pernah menyarung jersi Paris Saint-Germain, Barcelona dan AC Milan, selain menjadi tonggak utama Brazil ketika menjuarai Piala Dunia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post