Kool FM

A. Aida Dah Sedarkan Diri, Masih Dipantau Doktor


Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha berkongsi berita melegakan mengenai keadaan kesihatan ibu tercinta.

Artikel Berkaitan: ‘Doakan Ibu Saya Yang Kini Sedang Bertarung Nyawa Di ICU’ – Anak A. Aida

Artikel Berkaitan: A.Aida Dimasukkan Ke ICU, Sahabat Mohon Doa Orang Ramai

Masih dipantau doktor

Menerusi Instagram Story (IGs), Azeva memaklumkan A. Aida sudah sedarkan diri. Walau bagaimanapun, ibunya masih belum boleh dipindah ke wad biasa dan perlu dipantau doktor.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, mama dah sedarkan diri cuma kena selalu dipantau dan masih belum boleh dipindahkan ke wad biasa.

Kepada kawan-kawan mama, minta maaf, tapi memang doktor tak benarkan orang luar untuk melawat buat masa ini sebab takut jangkitan kuman dan tak mahu ambil apa-apa risiko.

Di akhir perkongsian, Azeva menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang tidak putus mendoakan ibunya.

Saya ingin memohon jasa baik semua untuk terus mendoakan agar mama sembuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version