Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aaron Aziz Alami Kecederaan Mata, Dipercayai Terkena Bola Pickleball

today8 March 2026

Background
[VIDEO] Aaron Aziz Alami Kecederaan Mata, Dipercayai Terkena Bola Pickleball


Pelakon, Aaron Aziz terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri.

Artikel Berkaitan: ‘Saya & Keluarga Tidak Pernah Kacau Orang’ – Aaron Aziz

Artikel Berkaitan:  ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz, 50, berkongsi video memaparkan hampir keseluruhan anak matanya cedera dipercayai terkena bola pickleball.

Kata Aaron, disebabkan kecederaan itu dia tidak dapat menyertai perjumpaan dengan sebuah jenama bersama peminat.

Menurut pelakon drama Isteri Tuan Ihsan itu, dia tidak dibenarkan untuk keluar daripada hospital kerana perlu mendapatkan rawatan daripada pihak doktor.

Setiap setengah jam doktor kena letak ubat dekat mata.

Saya tak boleh nak buka mata saya. Mata saya dah bengkak.

Sumber: Instagram



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post