Site icon Kool FM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Ke Final Kejohanan Badminton Dunia 2026

Aaron


Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi cemerlang untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Dunia 2026 yang berlangsung di New Delhi, India.

Lebih manis kemaraan bermakna itu hadir selepas mereka menumpaskan pasangan ranking pertama dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam aksi ‘straight set’.

Kembali digandingkan selepas dipecahkan buat seketika pada empat kejohanan sebelum ini, Aaron dan Wooi Yik menyerap tekanan dengan baik untuk meneruskan kemaraan.

Aaron-Wooi Yik Cemerlang

Aaron-Wooi Yik bermula baik untuk mendahului pasangan Korea Selatan itu pada permulaan permainan, namun Won Ho-Seung Jae kembali bangkit mengejar kedudukan 10-10.

Tidak mahu melihat lawan terus mendapatkan mata demi mata, anak buah Herry Iman Pierngadi itu tampil lebih meyakinkan untuk mengesahkan kemenangan set pertama dengan 21-17.

Skrip set kedua juga tidak kurang menariknya dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mendahului 11-8 pada rehat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version