Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang masih segar dengan kejayaan sulung dalam kejohanan siri jelajah dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kini kembali menduduki tangga kedua ranking dunia.
Artikel Berkaitan:
Berdasarkan kemaskini terbaharu dikeluarkan BWF, gandingan utama negara itu mengumpul 88,164 mata untuk melonjak satu anak tangga yang turut menjadi pencapaian terbaik buat mereka.
Juara Terbuka Denmark yang berstatus Super 750 itu pernah berada di kedudukan kedua bermula penghujung Januari hingga April 2023.
Dengan prestasi turun naik selepas itu sehinggalah bergelar juara di Odense pada bulan lalu, ia merupakan kali ketiga gandingan Aaron dan Wooi Yik menghuni kedudukan kedua terbaik ini.
Aaron dan Wooi Yik hanya ketinggalan 1,827 mata dibelakang gandingan Liang Wei Keng-Wang Chang yang yang kini berada di ranking teratas.
Manakala, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang sempat merasai nikmat selaku gandingan nombor satu dunia selama dua minggu selepas memenangi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
