Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih kejayaan sulung pada tahun ini apabila menepati ramalan muncul juara Kejohanan Badminton Korea Masters 2024 yang berlangsung di Gimnasium Iksan, Korea Selatan sebentar tadi.
Korea Masters 2024 merupakan kejohanan berstatus Super 300 dalam kalendar kejohanan tahunan dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Baca Juga:
Kejayaan manis dilakarkan selepas bekas juara dunia itu mengenepikan cabaran hebat wakil tuan rumah, Jin Yong-Kim Win Ho dalam tempoh satu jam enam minit.
Meskipun berdepan pasangan yang baharu sahaja digandingkan, Aaron dan Wooi Yik tidak diberikan laluan mudah sepanjang perlawanan.
Ia jelas dibuktikan apabila kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata hingga kedudukan terikat hingga 20-20 dan ketenangan Jin Yong-Kim Win Ho membolehkan mereka menang set pertama 23-21.
Skrip hampir sama berlaku pada set kedua dimana selepas Aaron-Wooi Yik ketinggalan 1-5, mereka bangkit untuk mengikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: