Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka India 2024 yang berlangsung di K. D. Jadhav Indoor Stadium, New Delhi.
Aaron dan Wooi Yik tampil bertenaga untuk menewaskan gandingan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menerusi kemenangan ‘rubber set’.
Artikel Berkaitan:
Ia merupakan kemenangan ketiga dilakarkan oleh pasangan negara itu dalam tujuh pertemuan mereka sepanjang karier.
Berdepan pasangan yang berada di ranking kelapan dunia, Aaron-Wooi Yik menyerap tekanan hebat dijelmakan lawan tersebut untuk menang set pertama dengan jurang 21-19.
Situasi yang hampir serupa dapat disaksikan pada set seterusnya dimana aksi saling kejar-mengejar mata ditampilkan kedua-dua pasangan tersebut hingga ke mata-mata genting.
Debaran yang kian memuncak itu akhirnya menjadi milik juara dunia 2022 untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: