Pendekatan jurulatih berpengalaman Herry Iman Pierngadi benar-benar memberi kesan dalam penampilan mereka apabila mereka bangkit mempamerkan taring untuk merangkul gelaran juara Terbuka Singapura 2025 sebentar tadi.
Menurut laporan Harian Metro, ia adalah gelaran ketiga buat beregu negara itu musim ini selepas berjaya muncul juara Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand sebelum ini.
Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, pasangan nombor tiga dunia itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menundukkan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 15-21, 21-18, 21-19 dalam pertarungan yang mengambil masa 65 minit.
Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya melunaskan dendam mereka di atas kekalahan kepada Won Ho-Seung Jae pada separuh akhir Terbuka India, Januari lalu.
Tewas di set pertama, Aaron-Wooi Yik berjaya bangkit mengejar pasangan Korea di set kedua biarpun lawan terlebih dahulu memimpin perlawanan sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: