
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026.
Selepas kem negara kecewa dengan kekalahan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, pasangan ranking kedua dunia itu membuatkan Axiata Arena gamat dengan sorakan padu penyokong.
Kemenangan penting itu hadir selepas Aaron dan Wooi Yik menundukkan gandingan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi ‘straight set’.
Ia juga turut menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dialami Aaron-Wooi Yik ke atas lawan tersebut dimana dua daripadanya dalam aksi Sukan SEA 2025.
Set pertama menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata hingga mereka terikat pada kedudukan 17-17. Namun, Aaron-Wooi Yik lebih menyerap tekanan dengan baik untuk menang 21-19.
Skrip berbeza berlaku pada set kedua apabila Sabar-Reza yang berada di ranking kelapan kehilangan punca…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: