Kool FM

Aazief Khalid Bergelar Suami, Isteri Terima Satu Dinar Emas


Anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Izza Athirah.

Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Selamat Bertunang, Majlis Berlangsung Secara Tertutup

Artikel Berkaitan: ‘Takkan Orang Lain Tak Boleh Guna Keris Dah Lepas Ni?’ – Aazief Khalid

Sah suami & isteri

Screenshot

Aazief yang segak berbaju Melayu berona putih itu sah bergelar suami kepada Izza dengan hanya satu lafaz.

Pasangan sama cantik, sama padan itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan. Pada majlis itu juga, Izza menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.

Momen hari bahagia Aazief dan Izza itu dikongsikan di Instagram Story milik Siti Nurhaliza sebentar tadi yang turut mengucapkan rasa syukur.

Alhamdulilah.

Majlis yang penuh berakah itu dilihat dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua mempelai.

Untuk info, sekitar April lalu Aazief mengumumkan bahawa dia selamat mengikat tali pertunangan bersama Izza…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version