Pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran menyatakan Muhammad Za’imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’ berdepan risiko lumpuh kekal selepas saraf tulang belakang toraks T12 mengalami kecederaan serius akibat dihempap dan dicederakan dalam insiden kekecohan melibatkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, pada 28 Mac lalu.
Menurutnya, Abang Belon berkemungkinan mengalami lumpuh kekal dan pada masa ini perlu berehat sepenuhnya serta dilarang melakukan sebarang kerja berat dalam tempoh tiga hingga enam bulan, petik Harian Metro.
“Hasil laporan perubatan ini menunjukkan ‘T12 kemik’ atau compressed, banyak komplikasi dan yang paling kita risau sekali, dia mula rasa kebas dan pesakit tidak dapat mengawal kencing.
“Dan komplikasi yang kita tak nak berlaku adalah risiko lumpuh. Kita berdoa dalam tempoh tiga hingga enam bulan, dia kembali pulih,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: