Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Abang Nur Farah Kartini Puas, Suspek Didakwa Atas Kesalahan Membunuh

today27 July 2024

Background


Abang kepada arwah Nur Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi puas hati melihat seorang pegawai polis berpangkat lans koperal dituduh atas kesalaha membunuh oleh Mahkamah Majistret di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Jumaat.

Mahkamah pada masa yang sama menetapkan 30 Ogos sebagai tarikh perbicaraan untuk kes tersebut. Farizza sudah nekad akan mengikuti kes tersebut dengan rapat.

Dia juga berharap suspek akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya jika didapati bersalah membunuh.

Sebelum ini, arwah Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Setelah beberapa hari pencarian dibuat, Nur Farah Kartini ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Kartini yang merupakan graduan dari UPSI dilaporkan kenalan kepada suspek.

Pada Jumaat, peruduhan dibuat ke atas suspek atas tuduhan membunuh. Namun setakat ini suspek masih tidak membuat sebarang pengakuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post