Site icon Kool FM

Abbott & BIG CARiNG Group Jalin Kerjasama, Bagi Kesedaran Untuk Influenza Seluruh Negara


Abbott, syarikat global dalam bidang penjagaan kesihatan, bersama BIG CARiNG Group (BCG), rangkaian farmasi terkemuka di Malaysia, menjalin kerjasama strategik selama tiga tahun bagi melaksanakan Program Kesedaran Influenza di seluruh negara.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh tahap kesedaran rakyat terhadap penyakit influenza serta menggalakkan amalan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Baca juga: Kit Self-Test Influenza Di Pasaran Belum Dapat Kelulusan MDA, Diagnosis Perlu Disahkan Doktor

ABBOTT & BIG CARING GROUP JALIN KERJSAMA UNTUK KESEDARAN INFLUENZA

Program yang akan berlangsung dari tahun 2025 hingga 2027 ini menekankan kepentingan intervensi awal dalam pencegahan influenza melalui pendidikan kesihatan, penyertaan komuniti dan penyebaran maklumat yang mudah difahami serta boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Antara aktiviti utama yang dirancang termasuk Hari Kesihatan Awam di lokasi terpilih dan platform digital, program kesihatan di tempat kerja bersama rakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version