PETALING JAYA – Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), berkuat kuasa 1 Julai ini.
Jawatan penting di firma pelaburan terbesar negara itu kosong sejak Presiden dan Ketua Eksekutif terdahulu iaitu Ahmad Zulqarnain Onn melepaskan jawatannya pada 16 Februari lalu dan kini menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
PNB dalam satu kenyataan berkata, ketika ini, Abdul Rahman memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Berhad.
Beliau memiliki pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat termasuk Malaysian Resources Corporation Berhad, Media Prima Berhad dan Ekuiti Nasional Berhad.
Abdul Rahman juga merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Berhad dan Velesto Energy Berhad.

Sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: