Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Aboubakar Wira Kemenangan Dan Dapat Kad Merah Kerana Buka Baju

today3 December 2022

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Vincent Aboubakar menjadi wira kemenangan Cameroon apabila menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan dan kemudian dilayangkan kad merah.

Artikel Berkaitan:

Cameroon meraih kemenangan bersejarah 1-0  ke atas Brazil.

Juara 5 kali, Brazil sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya. Namun mereka perlu waspada risiko kehilangan status juara kumpulan G pada hari terakhir perlawanan.

Aboubakar  menyambut hantaran silang daripada pemain gantian Jerome Ngom Mbekeli untuk memecah kebuntuan pada minit ke-90+2 di Stadium Lusail, Doha.

Dia kemudian dilayangkan kad kuning kedua kerana menanggalkan bajunya dalam perayaan liar. Namun selepas kemenangan Cameroon disahkan, ternyata ianya kad merah yang berbaloi untuk diterima.

Aboubakar menjadi pemain pertama menerima kad merah di Piala Dunia selepas menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, selepas Zinedine Zidane pada 2016.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post