Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABGR) 2024 telah melabuhkan tirainya. Majlis penutupan tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.
YB Tengku Zafrul mengatakan bahawa MATRADE sentiasa membuka peluang untuk usahawan berkembang ke luar negara.
“Kehadiran dan sumbangan artis dalam festival raya ini bukan sahaja menyuntik semangat dalam kalangan usahawan kita untuk terus maju dan berdaya saing tetapi juga membawa makna mendalam tentang kekuatan dan keberhasilan komuniti usahawan di Malaysia,” jelasnya.
Sementara itu, pengasas bersama Absolut Events, Yang Berusaha Sharifah Nadiyah menjelaskan ‘one stop centre’ ini disediakan untuk memudahkan pengunjung.
“Anda boleh berbelanja, berbuka puasa di bazaar Ramadhan kami, berterawih bersama-sama, bermoreh dan juga bersahur di sini. Semuanya disediakan di sini dengan persekitaran yang amat selesa untuk para pengunjung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: