Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya kembali 21-24 Mac ini

today21 January 2025

Background


PETALING JAYA – Festival raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) bakal kembali berlangsung selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 21 Mac (12 tengahari) hingga 6 pagi 24 Mac 2025.

Acara yang telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia itu merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.

ABxFGR dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, dalam tempoh tiga tahun penganjurannya, acara itu telah mencipta pelbagai kejayaan luar biasa termasuk merekodkan RM42.1 juta hasil jualan, penyediaan 1,731 tapak reruai, kehadiran 5.1 juta jumlah pengunjung, serta penyertaan lebih daripada 3,000 usahawan dan 600 jenama tempatan.

“Penganjur berhasrat meneruskan kejayaan ini dengan mencipta rekod baharu bagi tahun 2025, yang mana skala festival telah diperbesarkan dengan menambah sebuah lagi dewan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post