Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Acara Berbasikal Lebuhraya SUKMA Selangor 2026 Pagi Esok, Ini Laluan Yang Terlibat

today17 August 2026

Background
SUKMA


Orang ramai khususnya penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan Kuala Langat dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal susulan penganjuran acara Berbasikal Lebuhraya Lelaki sempena SUKMA Selangor 2026 pada 18 Ogos 2026 (Selasa).

Perlumbaan berkenaan akan bermula dari Bagan Lalang, Sepang pada jam 8.30 pagi dan dijangka mula memasuki laluan di Daerah Kuala Langat sekitar jam 9.00 pagi.

Antara laluan yang akan dilalui pelumba ialah Tanjung Sepat, Batu Laut, Morib, Kelanang, Banting dan Jalan Banting–Semenyih.

Sepanjang perlumbaan berlangsung, kawalan dan sekatan lalu lintas secara berperingkat akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pelumba serta konvoi rasmi perlumbaan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh perlumbaan.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan PDRM, Marshall dan petugas keselamatan yang bertugas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post