Site icon Kool FM

Acara sukan pacu pertumbuhan premis F&B


PETALING JAYA – Siaran hiburan, terutamanya acara sukan secara langsung dilihat mampu menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan premis makanan dan minuman (F&B), berdasarkan tinjauan oleh peneraju data, penyelidikan dan perkhidmatan konsultasi, Kantar.

Tinjauan Tingkah Laku Pengguna Malaysia mengenai Penggunaan Di Luar Rumah & Peluang itu menemukan bahawa 95 peratus responden menyatakan mereka makan di luar setiap minggu sambil menonton televisyen.

Menurutnya, pada musim bola sepak, pelanggan kedai makan bukan bar, bistro atau pub meningkat sebanyak 58 peratus.

Pada masa sama, 77 peratus pelanggan di restoran India dan restoran mamak menghabiskan masa dua kali ganda lebih lama sehingga dua jam ketika acara sukan bersiaran secara langsung.

Pengurus Besar, Ketua Bahagian Tinjauan Negara Kantar Malaysia, Paromeeta Mathur Banerjee berkata, tinjauan Kantar menunjukkan bahawa hiburan terutamanya sukan siaran langsung boleh dipertimbangkan sebagai tawaran utama oleh mana-mana kedai F&B…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version