Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Acryl Sani Pengerusi PUNB baharu

today1 September 2023

Background


PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pelantikan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini, iaitu Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan pengerusi pada 20 Disember 2022.

Acryl Sani adalah mantan Ketua Polis Negara Ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023. Ketika ini, beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Berhad.

Ketika berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, beliau pernah memegang pelbagai jawatan seperti Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), selain pernah menjadi Ketua Polis Negeri Perak pada 2013 serta Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013).

Beliau memiliki Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post