KUALA LUMPUR: Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah (Ad Diniah) mahu meningkatkan lagi aktiviti amal membantu golongan memerlukan dengan mengagihkan set pengurusan jenazah yang sebelum ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat.
Penaung pertubuhan tersebut, Zakaria Awang berkata, bagi memudahkan urusan tersebut, pihaknya telah melancarkan kempen pengagihan set kain kafan dan pengurusan jenazah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kerja amal itu.
Sehingga kini, pertubuhan tersebut telah mengagihkan lebih 300 set kelengkapan berkenaan kepada masjid yang memerlukan iaitu di sekitar Kajang dan juga di Pantai Timur.
“Kami menyasarkan untuk mengagihkan set pengurusan jenazah termasuk kain kafan lebih 10,000 set kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Zakaria menerangkan, set keperluan yang dianggarkan bernilai RM300 itu penting disediakan di masjid-masjid bagi memudahkan urusan keluarga si mati.
“Kebiasaannya, kita akan mendapatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: