Site icon Kool FM

Ada Hikmah Di Sebaliknya, Kehilangan Pendaki Rupanya Bawa ‘Berita Gembira’ Buat Perkampungan Orang Asli Ini


Siapa sangka, insiden kehilangan seorang pendaki wanita di Gunung Batu Putih akhirnya membuka mata banyak pihak terhadap realiti kehidupan masyarakat pedalaman.

Kisah penemuan Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat pada petang Sabtu lalu bukan sahaja menamatkan debaran seluruh rakyat Malaysia, tetapi turut menjulang nama sebuah jambatan kayu usang di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Tapah.

Menariknya, lokasi tepat Jaslinda ditemui—sebuah jambatan sejauh 50 meter yang dibina sekadar menggunakan kayu dan buluh kini tular dan mendapat perhatian serius daripada kerajaan negeri!

Rintihan Penduduk Didengari

Paparan video lokasi penemuan yang disiarkan di media sosial baru-baru ini mengundang sebak dan simpati ramai. Rata-rata netizen mula bersuara, mengharapkan agar penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan jambatan yang lebih selamat dan kukuh.

Mendengar denyut nadi rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng pantas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version