Site icon Kool FM

Ada Meeting Atas Puncak, Lelaki Jepun Ini Curi Perhatian Panjat Kinabalu Pakai Suit


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Mendaki bukit mahupun gunung memerlukan kelengkapan yang sesuai bagi memastikan perjalanan ke puncak tidak terhalang disebabkan perkara-perkara yang remeh.

Artikel Berkaitan:

Penyediaan ini termasuklah dengan cara berpakaian, kasut yang betul serta segala kelengkapan bagi memastikan misi menawan puncak tidak terganggu dengan apa-apa masalah.

Bagaimanapun, seorang pendaki dari Jepun mula popular di media sosial selepas beliau bertindak mendaki Gunung Kinabalu dengan menggunakan suit.

Ini selepas satu video beliau telah dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan nama Lancelot, “Sekiranya anda terlepas, [ada] lelaki Jepun mendaki Gunung Kinabalu sambil mengenakan tiga helai suit,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Di dalam video tersebut, lelaki Jepun itu menerangkan tujuannya memakai suit ketika mendaki Gunung Kinabalu. Dia bergurau sambil berkata bahawa beliau mempunyai mesyuarat di atas puncak gunung.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version