
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengeluarkan kenyataan rasmi menzahirkan kekecewaan berhubung premis perniagaan yang masih berdegil meminggirkan pengunaan bahasa kebangsaan pada papan premis perniagaan mereka.
“Isu yang kembali tular dalam media sosial baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa masih ada pihak yang sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta mencabar kedaulatan bahasa rasmi negara demi kepentingan perniagaan.
Baca Juga:
“Tindakan mengetepikan penggunaan bahasa kebangsaan ini merupakan satu bentuk pelanggaran nyata terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tunggak jati diri negara,” petik kenyataan DBP.
Menurutnya lagi, semua pihak diingatkan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan dan papan premis perniagaan bukan merupakan satu pilihan, tetapi merupakan satu kewajipan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengusaha…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: