Aksi Harimau Malaya menentang Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan Jun ini kemungkinan diadakan di luar Lembah Klang.
Ini kerana terdapat penganjuran konsert yang akan berlangsung pada bulan Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan ia mungkin memberi kesan kepada permukaan padang.

Baca Juga:
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan tukar venue aksi menentang Taiwan namun akan melihat dahulu keadaan padang SNBJ.
“Kita akan pantau keadaan padang Stadium Nasional, sebab saya juga difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di Stadium Nasional. Itu pun memberi kita satu tekanan juga sama ada kita nak menggunakan atau tidak Stadium Nasional.
“Namun, kita akan buat lawatan dan tengok keadaan padang dulu. Kita tiada kompromi, kalau padang boleh guna kita akan guna kerana keutamaan kita adalah pemain dan kita tak nak mereka cedera,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
