
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendedahkan ada satu syarikat yang terbabit dalam kes lari cukai dikenakan tindakan membayar penalti termasuk kompaun mencecah RM900 juta baru-baru ini.
Beliau berkata sedemikian menerusi satu temu bual eksklusif dalam Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, baru-baru ini.
Kejayaan yang dikecapi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu belum diumumkan secara rasmi di mana-mana media, kedua-dua badan kerajaan itu berjaya mendapatkan semula hasil cukai yang dibawa lari oleh syarikat terbabit.
Syarikat terbabit dikenakan tindakan membayar penalti RM600 juta, sementara kompaun pula RM300 juta.
“Itu baru satu syarikat dan saya tak boleh namakan syarikat berkenaan dan ada satu lagi syarikat dikenakan bayar cukai RM20 juta dan kompaun oleh SPRM RM8 juta menjadikan jumlahnya RM28 juta.
“Kutipan ini pula hasil kerjasama dengan Lembaga Hasil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: