BERDASARKAN laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia Februari 2023 oleh Jabatan Perangkaan Jumaat lalu, peningkatan inflasi di Malaysia terus dipacu kenaikan dalam segmen Restoran & Hotel iaitu sebanyak 7.4 peratus dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada tujuh peratus.
Prihatin dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya melibatkan kos makanan, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) memfokuskan kepada pengeluaran produk pes masakan bagi membantu pengguna memasak di rumah.
Presidennya, Adrian Roslan berkata, pelancaran produk pes masakan baharu semakin menjadi trend, bermula tahun lalu.
“Untuk berjimat, daripada berbelanja di kedai makan lebih baik memasak sendiri di rumah, namun bukan semua orang pandai memasak, selain itu memasak ini kadangkala memakan masa.
“Sebagai pemain dalam industri makanan dan minuman (F&B), adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mengeluarkan produk yang memenuhi keperluan masyarakat,” katanya kepada pemberita sewaktu melawat ibu pejabat Media…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
