Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adakah ‘Hantavirus’ Bakal Jadi Pandemik Baharu? Ini Penjelasan WHO

today8 May 2026

Background
Adakah 'Hantavirus' Bakal Jadi Pandemik Baharu? Ini Penjelasan WHO


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang giat bekerjasama dengan pelbagai kerajaan dan agensi rakan kongsi untuk menguruskan krisis kesihatan yang melibatkan penularan virus ‘hantavirus’ di atas sebuah kapal.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, walaupun insiden ini merupakan suatu keadaan yang serius, pihak WHO menilai tahap risiko kesihatan awam secara amnya sebagai rendah.

Setakat ini sebanyak lapan kes telah dilaporkan yang turut melibatkan tiga kematian.

Daripada lapan kes tersebut, lima individu telah disahkan positif jangkitan virus ‘hantavirus’, manakala tiga lagi masih diklasifikasikan sebagai kes disyaki.

Kejadian ini juga jelas menunjukkan kepentingan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan bagaimana ia berfungsi bagi menangani krisis kesihatan merentas sempadan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Kuebler wira Freiburg

Freiburg im Breisgau, Jerman: Lukas Kuebler menjaringkan gol dalam setiap babak ketika SC Freiburg menewaskan SC Braga 3-1 di laman sendiri untuk menang agregat 4-3, awal pagi tadi dan mara ke final Liga Europa menentang Aston Villa.

today8 May 2026