Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Adakah Industri Muzik Akan Dibanjiri ‘AI Slop’?

today27 July 2026

Background
Lagu Dicipta Dalam Beberapa Saat: Adakah Industri Muzik Akan Dibanjiri ‘AI Slop’?


Dahulu, menghasilkan sebuah lagu memerlukan pencipta, penulis lirik, penyanyi, pemuzik, jurutera rakaman dan masa berhari-hari di studio.

Kini, seseorang hanya perlu menaip arahan seperti “hasilkan lagu balada Melayu tentang perpisahan dengan vokal wanita” sebelum kecerdasan buatan atau AI mencipta melodi, lirik, muzik dan suara penyanyi dalam beberapa minit.

Teknologi ini boleh membantu pemuzik menyiapkan demo, mencuba susunan muzik atau mencari idea baharu. Namun, kemudahan sama turut membolehkan orang ramai menghasilkan ratusan lagu generik untuk dimuat naik ke platform penstriman.

Fenomena itu dikenali sebagai “AI slop”, iaitu kandungan janaan AI yang dihasilkan secara besar-besaran dengan usaha minimum bagi mengejar tontonan, penstriman atau pendapatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lebih 80 Buah Lagu Hujan Yang Dipakai Untuk AI Learn’ – AG Coco

Artikel Berkaitan: ‘Lagu AI Untuk Tujuan Pemasaran, Aku Tak Ada Benefit Kerana Tiada Hak Cipta’ – Azlan The Proton Type

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aqilah Paharuzi


Previous post