Beberapa hari ini tular mengenai dakwaan Dato Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Sejak didapati bersalah pada Selasa lalu, pelbagai cerita timbul dan pelbagai dakwaan mula tumbuh. Antara yang hangat diperkatakan adalah Najib dapat layanan VIP di Penjara Kajang.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Dakwaan Najib dapat layanan VIP itu hadir melalui sebuah akaun di Twitter dan Facebook yang menyatakan bahawa Najib akan ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai keluasan yang besar dengan disediakan segala kelengkapan seperti sebuah bilik. Selain luasnya yang berbeza, sel yang diduduki oleh Najib juga jauh daripada banduan ‘biasa’ yang lain. Boleh dikatakan, Najib duduk dipenjara, tetapi dilayan seperti berada di hotel.
Persoalannya, adakah dakwaan Najib mendapat layanan istimewa di penjara yang tumbuh dan telah tersebar luas ini benar?
Memetik laporan The Star, Jabatan Penjara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: