Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung isu pemilikan saham-saham syarikat serta mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat.
Bagi Azam Baki, tuduhan itu dibuat untuk memburukkan reputasinya yang sudah bekerja lebih 30 tahun bersama SPRM. Justeru, tindakan undang-undang bakal diambil ke atas pihak-pihak tertentu dan pemilik akaun Twitter ‘Edisi Siasat’ turut berkemungkinan besar akan diheret ke mahkamah, katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Now.
Dalam laporan MalaysiaKini, Azam Baki telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya telah digunakan oleh adiknya iaitu Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.
Pihak LPPR, yang dipengerusikan oleh Abu Zahar Ujang turut berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki bahawa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: