Selain sering melakukan sesi live di TikTok sebagai sebahagian daripada kerjayanya, Kyra juga berusaha untuk menarik peminat melalui bakat nyanyiannya.
“Saya mahu orang mengenali Kyra atas usaha saya sendiri, bukan kerana abang. Saya ingin dikenali kerana bakat saya dalam OIAM, bukan sebagai adik Khai Bahar. Abang saya tak tahu saya datang ke UM. Saya rahsiakan sebab takut dia tak percaya saya boleh buat, atau risau kalau saya tak dapat hadapi kecaman orang,” katanya.
Namun, akhirnya dia menghubungi abangnya yang telah mengetahui keberadaannya di uji bakat tersebut dan memberikan nasihat supaya Kyra lakukan yang terbaik dan jangan terlalu gementar.
Kyra turut berkongsi bahawa dorongan utama yang membuatkannya minat menyanyi dan bercita-cita menjadi penyanyi adalah impian arwah ibunya.
“Dia kata sebelum dia tiada, dia nak Kyra jadi macam abang. Dia nak tengok Kyra dalam TV, tapi Kyra tak boleh nak tunaikan sebab dia sakit, Kyra kena jaga dia,” katanya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
