Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Adnan Zainol Abidin dilantik Pengerusi Vantris Energy

today30 September 2025

Background


PETALING JAYA – Vantris Energy Berhad (Vantris Energy) mengumumkan pelantikan Adnan Zainol Abidin sebagai Pengerusi baharu syarikat, berkuat kuasa esok bagi menggantikan Shahin Farouque Jammal Ahmad yang akan melepaskan jawatan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun, Shahin akan terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Vantris Energy yang tidak bebas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Adnan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Petronas.

Beliau memulakan kerjaya di Petronas pada tahun 1984 sebagai Jurutera Latihan di ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF), dan sejak itu telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam petrokimia, LNG, pengurusan projek dan operasi, di Malaysia dan luar negara.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya termasuk Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Gas Petronas, Pengerusi Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post