Site icon Kool FM

Aductive sasar eksport ke Dubai, Taiwan


SHAH ALAM – Pengeluar snek telur masin bersira, Aductive Food Sdn. Bhd. (Aductive) me­nyasarkan pasaran eksport ke Dubai dan Taiwan dengan perolehan jualan berjumlah RM10 juta tahun ini.

Pengarahnya, Anif Azami berkata, buat masa ini, produk makanan tersebut telah berjaya menembusi ke negara jiran di Singapura dan Brunei.

Menurut beliau, pengembangan syarikat dengan menguasai rangkaian pusat beli-belah se­perti di AEON dan juga stesen minyak Petronas mengukuhkan lagi jenamanya.

“Pensijilan halal serta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (MeSTI) yang diperoleh Aductive turut menjadi faktor penerimaan dua negara tersebut.

“Kita akan mula mengeksport produk ke Dubai dan Taiwan pada tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk Aductive ke semua rangkaian Mesra Petronas di Glenmarie di sini kelmarin.

Selain itu, Anif menjelaskan, peluang mengeksport ke pasaran baharu itu bakal mendorong kepada sasaran jualan bertambah kepada RM10 juta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version